Thursday, 29 December 2011

Winable Canidate!!... Siapa Yang Layak?


Seorang Wakil Rakyat seharusnya mempunyai asas pendidikan yang tinggi, bukan tujuan untuk menidakan keupayaan wakil2 rakyat sedia ada yang hanya berkelulusan SPM, kerana kelulusan akademik tidak menjanjikan wakil rakyat tersebut mampu untuk mencorak pentadbiran yang baik jika tidak memiliki integriti. Akan tetapi tahap pemikiran dan pendidikan harus selari bagi seseorang wakil rakyat memahami konsep dan halatuju perjuangan samaada parti atau rakyat. Bagaimana untuk membahaskan dan membentuk atau memahami peruntukan serta undang2 yang ada bagi membantu rakyat. Tahap pendidikan juga akan mencorak wawasan yang didokong dan diperjuangkan dalam skop yang lebih luas... 

Berintegriti dan telus amat penting dalam membentuk masyarakat, wakil rakyat akan manjadi contoh kepada masyarakat yang diwakili dan ditabir.

Sebagai wakil rakyat, calon yang dipilih seharusnya mampu untuk menerima dan menyuarakan pendapat, pandangan dan kritikan daripada rakyat tidak kita apa bangsa sekalipun. Wakil rakyat tidak seharusnya hanya menjai wakil kepada kaum tertentu dan membelakangkan kaum lain sesuai dengan perlembagaan dan peruntukan sediada

Mungkin ramai beranggapan jika dia terpilih sebagai calon, beliau adalah seorang ketua, maka pemikiran sebegini adalah amat salah kerana wakil rakyat sebenarnya adalah hamba dan kuli kepada rakyat, calon yang terpilih seharusnya bersedia menjadikan diri mereka sebagai aset rakyat... 

Jadi bila sudah terpilih dan menang pilihanraya jangan pula tidak lagi mahu mendekati rakyat. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima pendapat orang lain..

No comments:

Post a Comment