Friday, 16 December 2011

Review: 13th May 1969

Peristiwa 13 Mei 1969, sememangnya menjadi titik hitam dalam lipata sejarah Malaysia, khususnya bagi mereka yang menempuh peristiwa bersejarah dan berdarah ini. Namun sejauh mana generasi pada hari ini memahami dan mengetahui tentang sejarah yang pernah meletakan Malaysia dalam keadaan darurat, Perlembagaan digantung..

Mungkin bagi mereka yang 'berkawan' secara akrab bersama DAP akan menafikan, dan menyatakan bahawa peristiwa seperti itu tidak akan berulang lagi. Mungkin kerana mereka beranggapan DAP pada ketika ini telah berjaya ditarbiah dan diislamkan pemikiran mereka seadanya.

Saya masih ingat lagi bagaimana semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orangMelayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Antara yang dikatakan menjadi dalang Peristiwa 13 Mei 1969 adalah Lim Kit Siang dan berikut adalah petikan dari kata-kata berbaur hasutan:

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu," kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

 MontBlanc: "semoga peristiwa hitam ini tidak akan berulang lagi...."



No comments:

Post a Comment